Sunday 10 April 2011

aku adalah aku 2

tiada ku ulang segala kepahitan
biarkan itu menjadi pedoman
perjalanan hidup ini harus diteruskan
demi tapak sebuah kebahagian

andai semalam
adalah sebuah mimpi malam
yang singgah mengisi ruang yang suram
akan ku tepis kali ini
tidak lagi ku hampiri
kerna itu bukan milik ku lagi
pergi..pergi....
aku tak mahu lagi

milik ku kini
adalah sebuah janji
janji menggapai satu mimpi
yang tercipta dari dua hati
satu pelengkap duniawi
sebagai kekuatan di akhirat nanti

No comments:

Post a Comment